SALAM

Isnin, 20 Oktober 2014

Pokok Tulsi @ Kemanggi

Nama saintifik tumbuhan ini ialah
Ocimum Tenuiflorum dan Ocimum
Sanctum. Ia lebih dikenali dengan
nama Tulsi iaitu nama utamanya di
India. Penulisan tentang herba ini
dalam pelbagai bahasa dunia juga
lebih gemar menggunakan nama
Tulsi dan satu nama lain yang
hampir sama iaitu Tulasi. Dalam
masyarakat Melayu, ia dikenali
dengan nama Kemangi manakalala
dalam Bahasa Inggeris ia disebut
sebagai Holy Basil. Tumbuhan ini
merupakan herba beraroma kuat
daripada famili Lamiaceae yang
tumbuh di semua negara tropika.
Kini ia turut ditanam di negara-
negara bukan tropika untuk
pelbagai kegunaan. Ia tumbuh tegak
dengan cabang dahan yang banyak.
Ketinggiannya mencecah sehingga
60 cm. Batangnya berbulu manakala
daunnya tumbuh secara
bertentangan di batang atau ranting
pokok. Daun pokok ini berwarna
hijau dengan beberapa ciri khas
iaitu bau yang sangat kuat atau
tajam, berbentuk bujur, bersaiz
kira-kira 5 cm dan permukaannya
kesat. Bunganya tumbuh bertangkai
tandan (inflorescence) dan berwarna
keunguan . Ada dua jenis pokok ini
yang biasa dijumpai iaitu yang
berdaun hijau dan berdaun ungu.
Pokok herba ini terkenal di negara-
negara Asia Selatan sebagai
tumbuhan ubat dan sebagai teh
herba yang meluas penggunaannya
dalam perubatan ayurvedic. Di
India, pokok ini turut ditanam untuk
tujuan keagamaan (agama Hindu).
Thai Holy Basil atau Kraphao yang
digunakan dalam masakan di
Thailand juga sebenarnya adalah
Ocimum Tenuiflorum . Hanya
perkataan 'Thai' ditambah sebelum
perkataan 'Holy Basil' sehingga
berlaku kekeliruan seolah-olah ia
dari jenis yang lain.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN MODEN DAN TERKINI

Beberapa kajian terkini
menunjukkan bahawa Tulsi
mempunyai nilai COX-2 inhibitor
(satu bentuk bahan anti-radang /
anti-imflammatory yang bukan
steroid - NSAID) seperti kebanyakan
ubat tahan sakit dalam rawatan
moden. Nilai ini berfaktorkan
kandungan eugenol berkepekatan
tinggi di dalamnya (1-hydroxy-2-
methoxy-4-allylbenzene).

Satu kajian lagi menunjukkan
bahawa Tulsi boleh menjadi
perawat yang berkesan untuk
masalah diabetes kerana
keupayaannya mengurangkan kadar
gula dalam darah. Kajian yang sama
turut menunjukkan keberkesanan
pengambilan herba ini untuk
mengurangkan kadar kolesterol.

Laporan hasil satu kajian yang lain
menyatakan bahawa keberkesanan
Tulsi mengurangkan kadar gula
dalam darah adalah berfaktorkan
kandungan anti-oksidan dalam
herba ini. Selain itu, Tulsi juga
didapati berpotensi menghalang
atau mencegah keracunan radiasi
manakala kajian tentang minyak
patinya menunjukkan bahawa ia
mempunyai keupayaan anti-
hyperlipidemic dan cardioprotective
yang berkaitan dengan pengguna
diet yang tinggi kandungan lemak.
Ia juga bersifat carminative iaitu
mampu mencegah pembentukan
gas dalam saluran pencernaan dan
melancarkan penyingkiran gas
tersebut (hal ini mencegah kembung
perut dan lain-lain kerengsaan
berkaitan perut). Sifat antispasmodic
herba ini menjadikannya tambahan
pilihan untuk masalah kekejangan
yang semakin tinggi kadarnya di
seluruh dunia.....semoga dapat dimanafaatkan bersama....

Daun Pandan

KHASIAT KELEBIHAN DAUN PANDAN

1.) Daun pandan dapat dijadikan ubat sakit saraf dan sendi
Daun pandan dapat dijadikan ubat untuk
mengubati sakit saraf dan sendi. Cara yang anda
perlu dilakukan untuk mengubati
sakit saraf dan sendi ...... Ambilah
daun pandan sebanyak 3 helai.
Cuci bersih daun pandan tersebut
kemudian hiris nipis- nipis. Setelah itu
rebus daun pandan bersama tiga
gelas air. Tunggu hingga mendidih
dan air tinggal lebih kurang
dua gelas. Amalkan Minum air rebusan itu
setelah sejuk setiap pagi dan petang.

2.) Daun pandan dapat digunakan
sebagai ubat reumatik
Jika anda menderita reumatik dan
menginginkan ubat yang harum,
daun pandan adalah alternatifnya.
Ambilah 3 helai daun
pandan. Bersihkan dan hiris nipis-
nipis. Kemudian rebus hirisan daun
pandan tersebut dengan setengah
cawan minyak kelapa. Campurkan
atau kacau hingga sebati. Setelah
ramuan sejuk, ramuan ini dapat
dijadikan sebagai ubat gosok untuk
penyakit reumatik dan sengal.

3.) Daun pandan dapat membantu
menurunkan tekanan darah tinggi
Manfaat daun pandan bagi kesihatan manusia
selanjutnya adalah membantu
menurunkan tekanan darah tinggi.
Jika anda sudah menderita terkena
tekanan darah tinggi, maka cubalah buat sendiri ramuan dari daun pandan yang dapat
dijadikan salah satu ubat alternatif. Caranya sangat
mudah, Anda hanya tinggal merebus
daun pandan dengan dua gelas air
putih. Tunggu hingga mendidih dan
tinggal air satu gelas saja. Amalkan Minum
ramuan ini pagi dan petang secara
teratur hingga tekanan darah Anda
turun dan kembali normal.

4.) Daun pandan juga dapat mengurangkan tekanan @ stress
Daun pandan mengandung zat tannin
yang akan memberikan efek tenang.
Caranya adalah ambil 2 helai daun
pandan segar. Setelah dicuci bersih,
dihiris nipis  dan rebus dengan
segelas air. Setelah sejuk, tapis
kemudian minum secara teratur
sebanyak dua kali sehari hingga tekanan @  stress Anda hilang.

5.)Daun pandan juga dapat mengatasi masalah rambut kita,
Daun pandan juga mempunyai
khasiat untuk mengatasi
beberapa masalah rambut. Jika anda
mempunyai masalah dengan rambut beruban,jangan bimbang
maka daun pandan dapat dijadikan
salah satu ubat alternatif dan dikatakan juga jika disapukan pada rambut yang belum beruban ianya dapat melambatkan proses beruban.Daun pandan
ternyata dapat menghitamkan
rambut. Caranya adalah, ambil 7
helai daun pandan segar. Cuci dan dihiris nipis. Rebus dengan segelas
air hingga air berwarna kehijauan.
Setelah mendidih, biarkan air ini
diembunkan semalaman. Pagi
harinya, campur air ini dengan air
perahan 3 biji mengkudu masak.
Air tersebut siap digunakan untuk
membasuh rambut tiga kali
seminggu. Selain itu daun pandan
juga dapat mengubati kelemumur.
Caranya adalah dengan menumbuk 2
atau 5 helai daun pandan segar
dan bersih. Hasil tumbukannya
disapukan pada kulit kepala untuk
mengubati kelemumur
Demikian beberapa khasiat daun
pandan bagi kesihatan. Daun pandan
tidak hanya berguna sebagai
penyedap maupun pewarna semulajadi....sekian perkongsian saya diharap bermanafaat....