SALAM

Isnin, 20 Oktober 2014

Pokok Tulsi @ Kemanggi

Nama saintifik tumbuhan ini ialah
Ocimum Tenuiflorum dan Ocimum
Sanctum. Ia lebih dikenali dengan
nama Tulsi iaitu nama utamanya di
India. Penulisan tentang herba ini
dalam pelbagai bahasa dunia juga
lebih gemar menggunakan nama
Tulsi dan satu nama lain yang
hampir sama iaitu Tulasi. Dalam
masyarakat Melayu, ia dikenali
dengan nama Kemangi manakalala
dalam Bahasa Inggeris ia disebut
sebagai Holy Basil. Tumbuhan ini
merupakan herba beraroma kuat
daripada famili Lamiaceae yang
tumbuh di semua negara tropika.
Kini ia turut ditanam di negara-
negara bukan tropika untuk
pelbagai kegunaan. Ia tumbuh tegak
dengan cabang dahan yang banyak.
Ketinggiannya mencecah sehingga
60 cm. Batangnya berbulu manakala
daunnya tumbuh secara
bertentangan di batang atau ranting
pokok. Daun pokok ini berwarna
hijau dengan beberapa ciri khas
iaitu bau yang sangat kuat atau
tajam, berbentuk bujur, bersaiz
kira-kira 5 cm dan permukaannya
kesat. Bunganya tumbuh bertangkai
tandan (inflorescence) dan berwarna
keunguan . Ada dua jenis pokok ini
yang biasa dijumpai iaitu yang
berdaun hijau dan berdaun ungu.
Pokok herba ini terkenal di negara-
negara Asia Selatan sebagai
tumbuhan ubat dan sebagai teh
herba yang meluas penggunaannya
dalam perubatan ayurvedic. Di
India, pokok ini turut ditanam untuk
tujuan keagamaan (agama Hindu).
Thai Holy Basil atau Kraphao yang
digunakan dalam masakan di
Thailand juga sebenarnya adalah
Ocimum Tenuiflorum . Hanya
perkataan 'Thai' ditambah sebelum
perkataan 'Holy Basil' sehingga
berlaku kekeliruan seolah-olah ia
dari jenis yang lain.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN MODEN DAN TERKINI

Beberapa kajian terkini
menunjukkan bahawa Tulsi
mempunyai nilai COX-2 inhibitor
(satu bentuk bahan anti-radang /
anti-imflammatory yang bukan
steroid - NSAID) seperti kebanyakan
ubat tahan sakit dalam rawatan
moden. Nilai ini berfaktorkan
kandungan eugenol berkepekatan
tinggi di dalamnya (1-hydroxy-2-
methoxy-4-allylbenzene).

Satu kajian lagi menunjukkan
bahawa Tulsi boleh menjadi
perawat yang berkesan untuk
masalah diabetes kerana
keupayaannya mengurangkan kadar
gula dalam darah. Kajian yang sama
turut menunjukkan keberkesanan
pengambilan herba ini untuk
mengurangkan kadar kolesterol.

Laporan hasil satu kajian yang lain
menyatakan bahawa keberkesanan
Tulsi mengurangkan kadar gula
dalam darah adalah berfaktorkan
kandungan anti-oksidan dalam
herba ini. Selain itu, Tulsi juga
didapati berpotensi menghalang
atau mencegah keracunan radiasi
manakala kajian tentang minyak
patinya menunjukkan bahawa ia
mempunyai keupayaan anti-
hyperlipidemic dan cardioprotective
yang berkaitan dengan pengguna
diet yang tinggi kandungan lemak.
Ia juga bersifat carminative iaitu
mampu mencegah pembentukan
gas dalam saluran pencernaan dan
melancarkan penyingkiran gas
tersebut (hal ini mencegah kembung
perut dan lain-lain kerengsaan
berkaitan perut). Sifat antispasmodic
herba ini menjadikannya tambahan
pilihan untuk masalah kekejangan
yang semakin tinggi kadarnya di
seluruh dunia.....semoga dapat dimanafaatkan bersama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan