SALAM

Jumaat, 19 September 2014

Pokok Alamanda

Alamanda atau yang biasa dikenal
dengan alamanda cathartica adalah
tanaman sejenis tanaman hias yang
paling digemari, bunga alamanda
juga sering disebut dengan bunga
terompet, bunga lonceng ataupun
bunga buttercup. Selain bentuk dari
bunga yang cukup menarik, ternyata
bunga ini memiliki aroma yang
sangat harum. Oleh karena itu tak
salah bila banyak orang yang
mengagumi keindahan bunga ini.
Tanaman hias ini berasal dari
amerika tengah dan selatan. Akan
tetapi, kita juga bisa menemukan
tanaman hias ini di Brazil.
Keindahan bunga ini sempat
menjadi trend tanaman hias di awal
tahun 2008 sampai pertengahan
2010.

Tanaman alamanda termasuk dalam
famili Apocynaceae. Ia juga
merupakan golongan perdu yang
tingginya bisa mencapai 2 meter.
Banyak sekali yang menyukai
tanaman alamanda ini karena
tanaman ini bersifat evergreen yaitu
hijau sepanjang tahun.

Ciri-ciri dari tanaman ini adalah
batangnya yang tua akan berubah
warnanya menjadi cokelat. Hal
tersebut dikarenakan tanaman
alamanda mengalami fase
pembentukan kayu saat menua.
Warna terebut sangat kontras
dengan tunas mudanya yang
berwarna hijau segar.
Bila dilihat dari daunnya tanaman
alamanda memiliki bentuk daun
yang runcing dibagian ujung dan
permukaan daun yang sangat kasar
jika disentuh tangan. Panjang daun
ini bisa mencapai 6-16 cm.
Disamping bisa dijadikan tanaman
hias, ternyata alamanda bisa
dijadikan sebagai ubat.

Khasiat daun alamanda adalah
untuk penawar racun.

Pokok Kunyit Hitam (black turmeric) – Curcuma Caesia

Pengenalan: Rupa Pokok Kunyit Hitam Daunnya
bertulang kan warna
hitam

Dukung Anak

Kegunaan dan Khasiat

Dukung Anak dikatakan amat
sesuai untuk merawat
penyakit Hepatitis B kerana
tumbuhan herba ini boleh
membersihkan darah dalam.
Tumbuhan ini sebenarnya
terkenal di Amazon sebagai
penawar penyakit karang
hempedu. Pada penghujung
tahun 80-an ia dikenal pasti
mempunyai kekuatan antivirus
untuk melawan Hepatitis B
termasuk mengandungi fitokimia
yang dapat mengawal sel
daripada pencemaran
persekitaran.

Di Malaysia, Dukung Anak
digunakan sebagai diuretik
dan tonik selepas keguguran.
Malah, ia turut digunakan
sebagai penawar cirit-birit,
masalah ginjal, gonorrhea
dan sifilis. Manakala, jus atau
ekstrak akar dan daun
mudanya digunakan untuk
menguatkan ginjal.

Kunyit Hitam Kampungku

KUNYIT HITAM
Nama saintifik:
CURCUMA CAESIA
Famili : Zingerberraceae
Nama Bisa : KUNYIT
HITAM
Nama Lain : Kali
Haldi,Black Turmeric,
Black Zedoary
Taburan kawasan
tumbuh : Kawasan
TROPIKA
Negara Asal : INDIA
Kategori : Rempah
Herba
Kunyit Hitam adalah
sejenis kunyit yang
jarang di temui dan
mempunyai nilai
perubatan yang sangat
tinggi.Mempunyai nilai
yang tinggi didalam
perubatan MISTIK(alam
JIN).Di India kunyit ini
di tanam secara
komersial kerana ada
nilaian perubatan yang
tinggi dalam perubatan
AYURVEDA.

Pengenalan:Rupa yang
sama seperti kunyit
biasa tetapi rizom nya
yang hitam gelap, jika
cukup matang.Jika
masih muda warna nya
unggu gelap.Daun nya
di sebelah belakang
bertulang warna
hitam.Warna akar nya
coklat jernih jika masih
muda.

Cara Pembiakan dan
Penjagaan :Walaupun
cara tumbesaran dan
penanaman sama
dengan kunyit biasa,
kunyit ini memerlukan
penjagaan yang rapi
dan sangat rumit.Tanah
nya mesti bercampur
dengan pasir dan
memerlukan kawasan
yang redup dan air
yang cukup tetapi
jangan terlalu banyak
air.Kunyit ini
bercambah dalam masa
yang sangat lama dan
kadang kala selama 3
bulan baru bercambah.

KHASIAT DAN
KEGUNAAN
Di gunakan untuk
merawat ketumbuhan/
BARAH dan KUSTA.Bolih
di gunakan untuk bahan
AWET MUDA.Dan juga
sangat bagus untuk
membuang lemak
dalam perut dan
menguruskan
badan.Jika di campur
herba lain boleh
mengubati Denggi
Berdarah.Satu lagi
khasiat kunyit ini ialah
dalam pengubatan
Santau dan termakan
Bisa....Wallahualam...

Khamis, 18 September 2014

Misai kucing yang dikeringkan

Saya keringkan dan mengamal meminum air dari rebusan atau rendaman misai kucing kesannya cukup baik untuk kesihatan...

Misai Kucing dari keluarga Lamiaceae / Labiatae


Nama Lain:  Remujung (Jawa),
Songot Koceng (Madura),
Remukjung, kumis ucing (Sunda),
Orthosiphon stameneus benth,
sinonim orthosiphon aristatus,
Orthosiphon blaetter, (Latin), Cat
whiskers, javaten, India kidney tea
(Inggris), balbas-pusa, kablinggubat
(Tagalog), Mao xucao (Cina).
Indisher Nierentee, Feuilles de
Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea
danYoaNuat Moeo.

Kegunaan: Ubatan, kadang kala
digunakan sebagai penghias
pekarangan rumah dan taman.
Bahagian kegunaan herba: Daun
dan keseluruhan bahagian tanaman

Kesan khasiat herba: Misai kucing
membantu pengeluaran cairan
melalui air seni (diuretic),
diuretiknya (peluruh bendalir) yang
selamat tanpa menjejaskan ginjal
(buah pinggang), anti-radang,
menghancurkan batu disaluran
kencing, meredakan kepanasan
dalaman. Tidak seperti kebanyakan
ubatan-ubatan diuretik moden
(diuretic drugs) yang memberi kesan
sampingan kepada ginjal, ia
mengandungi potassium yang
mencukupi untuk menggantikan
yang hilang dari tubuh semasa
proses diuretik. DaunMisai Kucing
telah lama digunakan sebagai herba
diuretik yang selamat dan berkesan.
Diuretik bermakna proses
membuang air dari dalam badan.

Penerangan: Orang Melayu
telah lama mengetahui misai kucing
sebagai perawat penyakit gangguan
ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan
kencing berdarah. Di Eropa, misai
kucing telah lama digunakan
semenjak abad ke 19 sebagai ubat
lawas kencing. Misai kucing
dipercayai membantu mengeluarkan
toksik dalam tubuh tanpa
mendatangkan kesan dehidrasi,
sekaligus mempelancarkan peranan
ginjal. Daun misai kucing
mengandungi kalium dan glikosida
orthosifonin yang berfaedah
melarutkan asam urat, fosfat dan
oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal
sejakturun temurun untuk merawat
masalah buah pinggang dan
masalah pundi kencing kerana
khasiatnya dapat membuang dan
mencuci darah dari toksid yang
berlebihan. Selain dari itu, ia juga
dapat merawat penyakit lain seperti
gout, arthritis, rheumatik dan
mencegah pembentukan batu
karang. Ia juga digunakan untuk
mengurangkan kolesterol dan
tekanan darah. Kandungan saponin
dan tanin pada daun itu juga boleh
mengubati keputihan pada wanita.

Misai kucing

Kutanam Misai Kucing di kawasan rumahku