Nama Lain: Remujung (Jawa),
Songot Koceng (Madura),
Remukjung, kumis ucing (Sunda),
Orthosiphon stameneus benth,
sinonim orthosiphon aristatus,
Orthosiphon blaetter, (Latin), Cat
whiskers, javaten, India kidney tea
(Inggris), balbas-pusa, kablinggubat
(Tagalog), Mao xucao (Cina).
Indisher Nierentee, Feuilles de
Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea
danYoaNuat Moeo.
Kegunaan: Ubatan, kadang kala
digunakan sebagai penghias
pekarangan rumah dan taman.
Bahagian kegunaan herba: Daun
dan keseluruhan bahagian tanaman
Kesan khasiat herba: Misai kucing
membantu pengeluaran cairan
melalui air seni (diuretic),
diuretiknya (peluruh bendalir) yang
selamat tanpa menjejaskan ginjal
(buah pinggang), anti-radang,
menghancurkan batu disaluran
kencing, meredakan kepanasan
dalaman. Tidak seperti kebanyakan
ubatan-ubatan diuretik moden
(diuretic drugs) yang memberi kesan
sampingan kepada ginjal, ia
mengandungi potassium yang
mencukupi untuk menggantikan
yang hilang dari tubuh semasa
proses diuretik. DaunMisai Kucing
telah lama digunakan sebagai herba
diuretik yang selamat dan berkesan.
Diuretik bermakna proses
membuang air dari dalam badan.
Penerangan: Orang Melayu
telah lama mengetahui misai kucing
sebagai perawat penyakit gangguan
ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan
kencing berdarah. Di Eropa, misai
kucing telah lama digunakan
semenjak abad ke 19 sebagai ubat
lawas kencing. Misai kucing
dipercayai membantu mengeluarkan
toksik dalam tubuh tanpa
mendatangkan kesan dehidrasi,
sekaligus mempelancarkan peranan
ginjal. Daun misai kucing
mengandungi kalium dan glikosida
orthosifonin yang berfaedah
melarutkan asam urat, fosfat dan
oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal
sejakturun temurun untuk merawat
masalah buah pinggang dan
masalah pundi kencing kerana
khasiatnya dapat membuang dan
mencuci darah dari toksid yang
berlebihan. Selain dari itu, ia juga
dapat merawat penyakit lain seperti
gout, arthritis, rheumatik dan
mencegah pembentukan batu
karang. Ia juga digunakan untuk
mengurangkan kolesterol dan
tekanan darah. Kandungan saponin
dan tanin pada daun itu juga boleh
mengubati keputihan pada wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan