SALAM

Jumaat, 19 September 2014

Dukung Anak

Kegunaan dan Khasiat

Dukung Anak dikatakan amat
sesuai untuk merawat
penyakit Hepatitis B kerana
tumbuhan herba ini boleh
membersihkan darah dalam.
Tumbuhan ini sebenarnya
terkenal di Amazon sebagai
penawar penyakit karang
hempedu. Pada penghujung
tahun 80-an ia dikenal pasti
mempunyai kekuatan antivirus
untuk melawan Hepatitis B
termasuk mengandungi fitokimia
yang dapat mengawal sel
daripada pencemaran
persekitaran.

Di Malaysia, Dukung Anak
digunakan sebagai diuretik
dan tonik selepas keguguran.
Malah, ia turut digunakan
sebagai penawar cirit-birit,
masalah ginjal, gonorrhea
dan sifilis. Manakala, jus atau
ekstrak akar dan daun
mudanya digunakan untuk
menguatkan ginjal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan